| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja YBhg. KJP  Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar Ke Taman Agroteknologi  MARDI Langkawi Bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri

27 Mac 2014 (Khamis) YBhg. KJP  Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar dijemput mengadakan lawatan kerja oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ke Taman Agroteknologi Langkawi bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, YBhg. Datuk Seri Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Dr. Rahamat Bivi Yusoff, Pengurus Besar LADA, Tan Sri Khalid Bin Ramli, Ketua Pengarah MARDI Malaysia, Datuk Dr. Sharif bin Haron dan Pengurus Stesyen MARDI Langkawi, Encik Haji Hashim bin Mat.  Pengarah Bahagian yang turut serta dalam sesi lawatan tersebut  adalah TKPj Abdul Aziz bin Mohamad.
Objektif utama lawatan adalah untuk memantapkan jalinan hubungan dua hala antara Jabatan Penjara dengan MARDI di bawah Program National Blue Ocean Strategy 2 (NBOS ) yang telah dilaksanakan di PPP Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang mana MARDI bertindak selaku Mentor dan penasihat dalam aktiviti pertanian dan objektif seterusnya adalah sebagai perancangan dalam melaksanakan pertanian secara komersial di beberapa Institusi Penjara dibawah Jabatan ini.


Sesi taklimat dari Ketua Pengarah MARDI merupakan pembuka tirai bagi  sesi lawatan ini dan seterusnya pelawat dibawa melawat ke ladang-ladang yang terdapat di Taman Agro berkenaan.  Lawatan ini memberi pendedahan awal kepada Jabatan Penjara untuk mengembangkan projek pertanian tidak hanya di PPP Kem Syed Sirajuddin, Gemas malah ke seluruh Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) yang sedia ada dan juga di Institusi yang terpilih iaitu Tempat Tahanan Perlindungan Taiping (KEMTA) yang bakal direalisasikan sebagai Penjara Agro serta Penjara Dusun Dato' Murad (DDM) yang akan dijalankan pertanian secara komersial.

 


""